วันพฤหัสบดีที่ 5 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

SPR terima 64 bantahan sempadan semula S'wak

SPR terima 64 bantahan sempadan semula S'wak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 64 bantahan berhubung syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak.Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR akan meneliti setiap representasi bantahan sama ada ia memenuhi syarat bagi sesi siasatan tempatan diadakan atau sebaliknya."Sekiranya siasatan tempatan akan diadakan, tarikh dan masa sesi siasatan tempatan akan dimaklumkan melalui surat yang akan dikeluarkan oleh SPR kepada pihak-pihak terlibat," katanya.Menurutnya, bantahan yang diterima sepanjang tempoh sebulan pameran yang berakhir semalam menunjukkan peningkatan ketara berbanding 2005 iaitu sebanyak 26 bantahan.Berdasarkan Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, siasatan tempatan akan diadakan oleh SPR bagi mendengar representasi bantahan syor yang diterima daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahaian pilihan raya berkenaan.-Bernama


ไม่มีความคิดเห็น :

แสดงความคิดเห็น

Designed By Blogger Templates