วันศุกร์ที่ 20 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Terkejut anak saudara disyaki mahu sertai IS

Terkejut anak saudara disyaki mahu sertai IS

Remaja perempuan yang ditahan kerana dipercayai mahu menyertai kumpulan militan IS di Syria, pernah memberitahu mahu melanjutkan pelajaran di madrasah bagi mendalami ilmu agama, demikian menurut bapa saudara dan rakan sekolahnya.Bapa saudara remaja itu jelas terkejut apabila dimaklumkan anak saudaranya itu ditahan kerana disyaki mahu menyertai IS."Saya tidak tahu pun anak saudara saya ini ditahan sehingga anda (pemberita) memberitahu saya... hubungan dia dan keluarga juga baik dan tiada masalah serta agak rapat dengan rakannya di sekolah."Apa yang kami tahu dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan kematian ibunya sejak beberapa tahun mahu melanjutkan pengajian di sebuah madrasah baru-baru ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sebuah kampung di Muar hari ini.Seorang daripada rakan remaja perempuan itu pula berkata remaja perempuan itu pernah memberitahunya yang dia mahu mendalami ilmu agama dan melanjutkan pelajaran ke madrasah."Kami (rakan-rakan) terkejut dia ingin menyertai IS... dia seorang yang peramah dan agak pandai dalam pelajaran," kata pelajar lelaki berumur 16 tahun itu.                - Bernama


ไม่มีความคิดเห็น :

แสดงความคิดเห็น

Designed By Blogger Templates